Bagaimana saya tahu saya mempunyai masalah ketagihan?
Ambil ujian penilaian ini.
1800819047 +60123269613
KETAGIHAN & PEMULIHAN

Memahami ketagihan dan konsep pusat pemulihan persendirian.

Ketagihan adalah satu penyakit kronik yang kambuh yang menyerang sistem ganjaran, motivasi dan sistem-sistem yang berkaitan dalam otak. Mereka yang ketagih tidak dapat mengawal tindakan atau bertingkah laku secara rasional walaupun berdepan dengan kesan-kesan negatif.

POHON KETAGIHAN:
Ketagihan bermula dari akar kehidupan seseorang, sama dengan akar sebatang pohon. Jika akarnya berasal dari benih rasa malu dan perasaan serba kekurangan, pohon tersebut akan tumbuh dengan banyak kekurangan.

AKAR:
Akar umbi sesuatu kecanduan adalah rasa malu dan kepercayaan teras serta nilai-nilai peribadi yang salah. Contohnya, rasa sakit, benci, takut, duka, pentingkan diri dan ketidakjujuran yang kita rasakan.

TRUNK:
Sesuatu ketagihan disemai oleh kelemahan peribadi seseorang. Seorang penagih boleh mencantas ‘dahan-dahan’ pepohon ketagihan untuk seketika dan ada kalanya untuk jangka waktu yang agak lama. Tetapi malangnya jika batang pohon itu tidak dicantas manakala akarnya dimusnahkan dan dibunuh, pohon tersebut akan bercambah dan mengeluarkan dedaun bersama-sama dedahan baru dalam masa yang singkat.

DAHAN-DAHAN:
Lazimnya, lebih banyak tumpuan diberi kepada ‘dahan-dahan’ pohon ketagihan kerana ia mewakili jenis-jenis 'kecanduan' (sama ada dadah, alkohol, perjudian atau apa-apa jenis kecelaruan kompulsif). Kini, kami menyedari bahawa ini hanyalah gejala ketagihan dan bukannya akar penyakit tersebut.

Kesedaran tentang konsep 'pohon ketagihan' telah banyak membantu dari perspektif rawatan. Kini, lebih jelas mengapa mengapa kadangkala seseorang itu dapat menghentikan kecanduan mereka untuk sementara waktu tetapi tidak dapat membebaskan diri dari penagihan. Akar ketagihan yang lahir dari rasa malu, rasa bersalah dan segala bentuk keprcayaan teras yang tidak sihat perlu ditangani. Anggapan bahawa ketagihan dapat dirawat hanya dengan mencantas ‘dahan-dahan’ pohon ketagihan tidak akan merawat penyakit ini. Seorang penagih memerlukan rawatan untuk sembuh dari ketagihan dan ia harus dimulakan dari akar umbinya.
The Addiction Tree

Jenis-Jenis Ketagihan

DADAH / BAHAN KIMIA
Kita lebih sering mendengar tentang penagihan dadah jika dibandingkan dengan bentuk ketagihan yang lain. Istilah dadah lebih sering merujuk kepada bahan terkawal atau haram di sisi undang-undang. Namun ubat-ubatan perskripsi juga dikenalpasti sebagai dadah dan sebahagian darinya boleh mengakibatkan ketagihan. Dadah merangkumi jenis opiat (heroin, ubat tahan sakit), benzodiazepin (clonazepam), alkohol, nikotin dan kafein (sesetengah individu memerlukan kopi di waktu pagi itu untuk memulakan hari dengan lebih baik).
PERJUDIAN
Berjudi adalah satu lagi bentuk ketagihan kerana ia adalah aktiviti yang mendatangkan rasa seronok. Apabila seseorang itu menang dalam perjudian, ia akan khayal dengan keseronokan dari kemenangannya. Manakala apabila ia kalah, ia boleh berasa teruja untuk memburu kekalahan. Kedua-dua pengalaman menang atau kalah ini mengaktifkan litar kegembiraan dalam otak dan berlaku rembesan sejenis bahan kimia dalam otak dikenali sebagai dopamin yang menyemarakkan sistem ganjaran. Sama seperti ketagihan yang lain, sebaik sahaja ia berlaku ia akan mengambil alih dan memutarbelitkan daya kognitif seseorang, mengakibatkan seseorang itu menjadi tidak rasional.
SEKS
Ketagihan seks adalah satu lagi bentuk kecelaruan hawa nafsu di mana seseorang itu sebenarnya ketagih dengan aspek fizikal dalam perlakuan seks. Mereka ketagih dengan perasaan ghairah yang dialami sebelum, semasa dan selepas mencapai puncak syahwat. Ketagihan seks membawa kepada masalah lain seperti penyakit-penyakit kelamin, kehamilan yang tidak diingini, masalah perhubungan, dan lain-lain.
MAKANAN
Satu lagi bentuk kecelaruan nafsu adalah ketagihan makanan di mana seseorang itu merasa seolah-olah hanya perlu terus-terusan makan atau ia akan kelaparan. Sama seperti ketagihan yang lain, apabila sistem ganjaran otak dikuasai oleh kecanduan terhadap makanan, daya kognisi seseorang itu tidak dapat berfikir secara rasional dan hilang keupayaan persepsi tentang realiti. Sering kali mereka tidak dapat melihat sejauh mana kecelaruan nafsu makan boleh merosakkan tubuh badan mereka dan ada kalanya boleh mengakibatkan kematian.
CINTA
Emosi, terutamanya rasa cinta, mempunyai kesan yang sama terhadap sistem ganjaran otak apabila perasaan itu dialami berulang kali dan akhirnya dianggap sebagai satu ganjaran. Ketagihan cinta adalah ketagihan terhadap keintiman emosi yang dialami oleh individu tersebut. Keghairahan yang dirasakan oleh seseorang sewaktu ia jatuh cinta dianggap sebagai sesuatu yang amat penting oleh sistem otaknya. Kenangan seronok emosi yang lahir dari cinta tersebut lama-kelamaan menjadi suatu keperluan. Penagih cinta akan sentiasa mencari cara untuk menzahirkan rasa seronok dari nafsu cinta melalui pengambilan dadah.
KECELARUAN KAWALAN NAFSU DAN KETAGIHAN-KETAGIHAN LAIN
Dadah atau tingkah laku yang mengakibatkan ketagihan menjadi suatu keperluan bagi sesetengah individu apabila ia seringkali mengulangi perbuatan ini. Ianya menyediakan jalan pintas kepada sistem ganjaran otak dengan membanjiri nukleus akumbens dengan dopamin apabila pengambilan dadah atau tingah laku tersebut diulangi. Kenangan dari sensasi kepuasan ini direkodkan di bahagian hipokampus otak. Pada masa yang sama, bahagian amigdala dalam otak mencipta gerak balas terlazim terhadap rangsangan tertentu.

Kenapa ini berlaku?

Brain Reward System
Otak mempunyai cara yang unik untuk membuat seseorang berasa diberi ganjaran dan keseronokan. Pemancar saraf dopamin dikawal dan dirembeskan oleh bahagian korteks serebrum dalam nukleus akumbens. Proses yang khusus ini berlaku apabila terdapat cetusan rasa gembira atau seronok. Oleh kerana ini, para pakar neurologi telah menamakan bahagian otak tersebut sebagai pusat keseronokan.

Otak menyimpan dan merekod semua proses yang mencetus dan menghasilkan rasa seronok sama ada ia terhasil daripada penyalahgunaan dadah, seks, atau apa-apa bentuk ganjaran intrinsik atau ekstrinsik mahupun hidangan yang enak. Ini membentuk satu tanda yang berlainan dalam sistem ganjaran. Lebih cepat dopamin terembes akibat tingkah laku yang mencetus rasa seronok, kekuatan rembesan tersebut meningkatkan kemungkinan seseorang itu untuk mengulangi ketagihannya. Sekarang kita tahu bahawa penyalahgunaan dadah sebenarnya membawa kepada rembesan dopamin yang kuat di dalam nukleus akumbens. Ia meningkatkan kemahuan atau kecanduan terhadap ganjaran rasa seronok.

Dadah dan ubat-ubatan yang mengakibatkan ketagihan memberikan jalan pintas kepada sistem ganjaran otak dengan membanjiri nukleus akumbens dengan dopamin. Manakala hipokampus pula mengembalikan kenangan tentang rasa kepuasan yang meluap-luap dan amigdala pula mewujudkan gerak balas terlazim terhadap rangsangan tertentu.

DAPATKAN RAWATAN HARI INI

HUBUNGI KAMI: 1800819047


Ingin mendapatkan rawatan untuk diri anda atau seseorang?

Kami sedia membantu.