Bagaimana saya tahu saya mempunyai masalah ketagihan?
Ambil ujian penilaian ini.
1800819047 +60123269613
DWI DIAGNOSIS

Ketagihan dan Impak Psikologinya

Ketagihan adalah pedang bermata dua.

Sesetengah golongan yang berpenyakit mental (contohnya lelaki, individu berstatus sosioekonomi rendah, veteran tentera dan individu yang mempunyai masalah perubatan umum) berisiko lebih tinggi untuk menyalahgunakan dadah seperti ganja, opiat, kokain dan perangsang lain, serta alkohol. Kajian saintifik terbaru menunjukan bahawa hampir satu pertiga daripada individu yang berpenyakit mental dan kira-kira separuh daripada individu berpenyakit mental yang parah (termasuk gangguan bipolar dan skizofrenia) juga menyalahgunakan bahan terlarang. Sebaliknya, lebih daripada satu pertiga daripada semua penagih alkohol dan lebih daripada separuh penagih dadah juga bergelut dengan penyakit mental.

Hubungan antara penyakit mental dan penyalahgunaan atau pergantungan bahan terlarang adalah rumit. Hubungan ini sering dipertimbangkan dari beberapa sudut:

Dadah dan alkohol boleh menjadi satu bentuk rawatan perubatan mandiri. Dalam kes sedemikian, individu yang berpenyakit mental mungkin mempunyai keadaan yang tidak terawat sepenuhnya seperti keresahan atau kemurungan) apabila ia mungkin akan “merasa kurang sakit” apabila merasa seronok akibat penyalahgunaan dadah atau alkohol. Malangnya, walaupun dadah dan alkohol mungkin membangkitkan rasa seronok pada ketika itu, penyalahgunaan bahan-bahan ini tidak merawat penyakit dasar dan hanya akan menjadikannya lebih buruk.

Dadah dan alkohol boleh memburukkan lagi keadaan dasar penyakit mental. Ini boleh berlaku semasa mabuk akut (cth., seseorang yang mengalami kemurungan berasa ingin bunuh diri apabila berada gian alkohol) dan sewaktu mengalami kesan sarak dari sesuatu bahan terlarang (cth., seseorang yang diserang panik mengalami gejala-gejala yang lebih buruk sewaktu sarak heroin).

Dadah dan alkohol boleh menyebabkan seseorang tanpa penyakit mental mengalami gejala-gejala awal untuk pertama kalinya. Sebagai contoh, seorang pelajar kolej berusia dua puluh tahun yang mula mendengar suara-suara ancaman di dalam fikirannya dan paranoid bahawa profesor kimianya ingin meracuni makanan pelajar tersebut selepas ia mengambil ganja merupakan reaksi yang dirangsang oleh dadah (boleh disebut “psikosis yang dirangsang oleh bahan terlarang”) atau episod psikosis pertama bagi individu ini.

Ubat-Ubatan

Ubat adalah alat yang berguna untuk merawat berbagai penyakit mental. Bergantung kepada gejala-gejala kesihatan mental seseorang mengalami, ubat-ubatan kesihatan mental yang berbeza boleh memainkan peranan penting pemulihan seseorang.

Ubat-ubatan tertentu juga berguna untuk orang yang mengalami masalah penyalahgunaan bahan terlarang. Ubat-ubat ini digunakan untuk membantu meredakan gejala sarak atau mempercepatkan pemulihan. Ubat-ubatan untuk memudahkan sarak digunakan semasa proses detoksifikasi. Ianya menghasilkan kesan yang sama di dalam badan sama seperti dadah/ubat-ubat yang mengakibatkan ketagihan.

Psikoterapi

Psikoterapi seringkali merupakan sebahagian besar daripada pelan rawatan dwi diagnosis yang efektif. Pendidikan terhadap penyakit seseorang individu dan bagaimana kepercayaan dan tingkah laku mereka mempengaruhi pemikiran mereka telah dibuktikan dalam banyak kajian untuk memperbaiki gejala kedua-dua penyakit mental dan penyalahgunaan bahan.

Terapi perilaku kognitif (CBT) khususnya berkesan dalam membantu individu dengan dwi diagnosis belajar bagaimana untuk mengatasi dan mengubah corak pemikiran yang tidak berkesan.

DAPATKAN RAWATAN HARI INI

HUBUNGI KAMI: 1800819047

Ingin mendapatkan rawatan untuk diri anda atau seseorang?

Kami sedia membantu.